Pemenang Anugerah MSORSM 2023 - Anugerah Tesis Penyelidikan

Anugerah MSORSM 2023 yang dibuka penyertaannya dari 13 Februari 2023 hingga 31 Mac 2023 merupakan penganjuran kali keempat sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2010 semasa Persidangan Association of Asia-Pacific Operational Research Societies (APORS) anjuran MSORSM. 

 

Anugerah ini menjadi satu pendekatan MSORSM dalam mengiktiraf penyelidikan dan aktiviti berimpak yang telah memberikan sumbangan bermakna dalam bidang Penyelidikan Operasi (Operations Research atau OR) atau Sains Pengurusan (Management Science atau MS).

 

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang. Semoga anda terus berjaya dalam bidang MS/OR yang diceburi.