ANUGERAH MSORSM 2023
Anugerah MSORSM
Anugerah Tesis PenyelidikanAnugerah MSORSM 2023 ini merupakan penganjuran kali keempat sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2010 semasa Persidangan Association of Asia-Pacific Operational Research Societies (APORS) anjuran MSORSM.
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penyelidikan atau projek pelajar yang dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang OR/MS. Penyertaan adalah dibuka kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Sains Matematik, Sains Pemutusan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Pengurusan / Perniagaan atau lain-lain jurusan yang berkaitan dengan OR/MS. OR atau MS adalah suatu disiplin yang mengaplikasikan kaedah analisis yang sistematik untuk membuat keputusan. Ianya melibatkan penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Antara bidang-bidang yang meliputi OR/MS adalah seperti berikut:
- Penjadualan (Scheduling/Timetabling)
- Pengangkutan (Transportation)
- Pengoptimuman (Optimization)
- Logistik (Logistics)
- Inventori (Inventory)
- Simulasi (Simulation)
- Perlombongan Data (Data Mining)
- Teori Keputusan (Decision Theory)
- Pengurusan Projek (Project Management)
- Pengurusan Rantai Aliran (Supply Chain Management)
- Ekonometrik (Econometrics), dan lain-lain
Anugerah Tesis Penyelidikan Pelajar bagi Anugerah MSORSM 2023 disediakan bagi kategori yang berikut:
- Tesis Doktor Falsafah
- Tesis Sarjana
Syarat Umum Pertandingan
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Calon dan penyelia adalah ahli MSORSM.
- Tesis mestilah dihasilkan dan mendapat kelulusan daripada Senat Universiti dalam tempoh 1 Oktober 2020 hingga 28 Februari 2023.
- Tesis tersebut mestilah dalam bidang Penyelidikan Operasi (OR) atau Sains Pengurusan (MS).
- Tesis adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Syarat Khusus Pertandingan
Kategori Tesis Doktor Falsafah/ Sarjana
- Tesis boleh dicalonkan oleh Penyelia atau calon dengan syarat mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
- Maklumat tesis yang dicalonkan itu hendaklah disertakan dengan:
- Abstrak tesis.
- Salinan laporan pengerusi viva voce
- Salinan lembut keseluruhan tesis (termasuk muka hadapan)
- Salinan kelulusan daripada Senat Universiti
- Senarai penerbitan berserta salinan muka surat pertama artikel penerbitan tersebut
- Hasil/Pendaftaran harta intelek beserta bukti nombor pendaftaran MyIPO (jika berkaitan).
- Salinan sijil anugerah penyelidikan (jika berkaitan)
- Salinan surat tawaran pengajian.
Dasar Penilaian & Tempoh Penyertaan
Panel penilai adalah ahli profesional daripada industri dan universiti. Kriteria penilaian akan mengambil kira pendekatan saintifik yang diaplikasi dalam menyelesaikan permasalahan, inovasi dan kreativiti dalam hasilan penyelidikan, kepentingan penyelidikan, sumbangan yang signifikan terhadap bidang OR/MS, dan potensi hasilan penyelidikan untuk diaplikasikan.
Hanya tesis yang mencapai tahap cemerlang sahaja akan dipertimbangkan oleh Panel Penilai. Pemenang akan dipilih berasaskan tesis terbaik setiap kategori; setiap pemenang akan menerima wang tunai dan sijil. Keputusan Panel Penilai yang disahkan oleh Majlis Eksekutif MSORSM adalah muktamad.
Penyertaan dibuka bermula 13 Februari 2023 dan penyertaan akan ditutup pada 31 Mac 2023. Sila IMBAS QR Code pada poster. Borang penyertaan (pencalonan) dan dokumen yang perlukan perlu dimuatnaik ke Google Form yang disediakan. BORANG PENCALONAN boleh dimuat turun daripada pautan ini: https://m5.gs/dm1GU2.
Keputusan akan dimaklumkan kepada para calon yang terlibat pada Julai 2023. Majlis penyampaian hadiah Anugerah MSORSM akan diadakan semasa Seminar in Management Science/Operations Research 2023 (MSOR2023) yang akan diadakan sempena Mesyuarat Agong Tahunan MSORSM (MSORSM AGM) ke-31 pada bulan Julai 2023 nanti.
Anugerah Tesis dan Hadiah
Tesis Doktor Falsafah:
Emas | : | RM1,000 + Sijil + Surat Penghargaan kepada Penyelia dan Pelajar |
Perak | : | RM750 + Sijil + Surat Penghargaan kepada Penyelia dan Pelajar |
Gangsa | : | RM500 + Sijil + Surat Penghargaan kepada Penyelia dan Pelajar |
Tesis Sarjana:
Emas | : | RM700 + Sijil + Surat Penghargaan kepada Penyelia dan Pelajar |
Perak | : | RM500 + Sijil + Surat Penghargaan kepada Penyelia dan Pelajar |
Gangsa | : | RM300 + Sijil + Surat Penghargaan kepada Penyelia dan Pelajar |
Sekretariat Anugerah MSORSM 2023
Penasihat: Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd Nopiah, Presiden MSORSM
Pengerusi: Dr. Wan Nor Munirah Ariffi, AJK MSORSM
Setiausaha: Dr. Siti Meriam Zahari, Pembantu Setiausaha MSORSM
Ahli Jawatankuasa:
Dr. Noor Asiah Ramli, AJK MSORSM
Dr. Chuei Yee Chen, Bendahari Kehormat MSORSM
Email: msorsm.award@gmail.com